Tempoh 28 bulan dah nak habis? Macam mana nak extend 1 tahun, 2 tahun?
Admin sering kali ditanya soalan sebegini dari pengguna Onexox yang mengambil plan Prepaid Onexox. Kali ini admin ajarkan cara extend tempoh aktif (validity) untuk 1 tahun atau 2 tahun.
CARA-CARA EXTEND 1 TAHUN
- Semak baki kredit *132#. DA+MA = ada tak RM25.
- Jika tak mencukupi sila topup dahulu contoh RM30. Topup RM1 = Extend 1 hari.
- Bila kredit DA+MA = dah lebih RM25, sila sms
VALID 12
Hantar ke 22111
Tempoh akan berganjak lagi 1 tahun lagi. Mudah bukan?
CARA-CARA EXTEND 2 TAHUN
Ulang proses sms di atas sebanyak 2x. Anda nak extend 10 tahun sekalipun ulang sahaja proses di atas. Mudah sahaja bukan?
JUMLAH KREDIT DIPERLUKAN
1 Tahun = RM25
2 Tahun = RM50
5 Tahun = RM125
10 Tahun = RM250
ALTERNATIF LAIN?
Selain cara sms, anda juga boleh extend validity 1 tahun melalui app XOX BLACK.
Selamat mencuba.